Tauke, dan Yus gembira kerana Zizan menerima pelawaan mereka untuk menyertai MLM 2014.


    

“Dua bulan juga menanti jawapan dari Zizan. Kami gembira kerana Zizan terima tawaran kami. Kami rindukan kehadiran Zizan dalam MLM, sebab itu kami ambil keputusan untuk melamar Zizan,” katanya mengakhiri perbualan.

Gabungan ketiga-tiga pelawak yang cukup tersohor ini pasti amat dinanti-nantikan. Sesuatu yang pasti akan memberikan kelainan pada  MLM 2014 apabila Zizan berganding bahu bersama dengan Kumpulan Jambu dan membentuk  " VIRUS " .

Adakah gandingan ini lebih berbisa dari gandingan JOZAN ????

ULAR SAWA MENELAN KANAK-KANAK 11 TAHUN DI PERAK!!!!!!

Heboh di media sosial tentang gambar yang disiarkan di media sosial tentang ular sawa yang dikatakan, kononnya telah menelah kanak-kanak yang berusia 11 tahun di Perak.

Namun kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan sampai sekarang, cuma hanya menjadi topik bagi pencinta muka buku dalam berspekulasi dan melemparkan pandangan masing.

Jika benar, kita mendoakan  yang terbaik buat mangsa dan keluarga mangsa. Semoga dugaan dapat dihadapi dengan tabah.






KAHWIN BERAMAI - RAMAI ANJURAN JAKIM

    Mega Seri Pengantin 2014 yang dianjurkan JAKIM bertempat di Masjid Tuan Mizan Zainal Abidil Putrajaya pada 29 November 2014 memberi peluang kepada pasangan untuk melangsungkan perkahwinan dengan modal yang cukup rendah. Segera mendaftar. Pasti sesuatu yanng cukup menarik dengan program sedemikian yang akan memberikan kenangan terindah buat pasangan yang ingin berkahwin. Tarikh tutup penyertaaan adalah pada 15 November 2014.

Kanak-Kanak terjatuh Dari Flat Lima Tingkat Port Klang

Pelabuhan Klang : Seorang kanak-kanak dengan beraninya cuba mengambil gelang getah di belebas koridor tingkat lima apartmennya  tergelincir sebelum terjatuh ke tingkat bawah.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang di Amazing Height, Sungai Udang, di sini, semalam, mangsa berusia lapan tahun dilaporkan kritikal berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya.

Menurut bapa rakan mangsa, Rizman Abdullah, 38, ketika kejadian mangsa dan dua anaknya sedang bermain di koridor tingkat lima apartmen berkenaan apabila murid tahun dua itu tiba-tiba mahu mengambil gelang getah yang tersangkut di belebas koridor berkenaan.

“Dia kemudian gagal mengimbangkan badan selepas cuba bangun ketika sudah melepasi gril dapur rumah di situ sebelum terjatuh.

“Kedua-dua anak saya kemudian terus turun ke bawah untuk memaklumkan ibu mangsa yang tinggal di tingkat bawah, namun tiada sesiapa di rumah berkenaan,” katanya ketika ditemui wartawan di lokasi kejadian.

Keluarga mangsa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian.



 

Tragik! (3 Foto) Pembunuhan Seorang Guru Di Sabah




Seorang wanita telah maut dalam satu insiden yang berlaku pada 10.30 pagi Jumaat lalu. Dia merupakan seorang guru di SK Kundasang yang dikenali sebagai Masinah Samadi, 50, telah maut di kediamannya yang terlak di Kuaters Electricity SDN. BHD.

Berdasarkan hasil siasatan mangsa telah disahkan meninggal dunia abikat daripadan kesan tikaman yang bertubi-tubi pada badan. Selain itu terdapat juga kesan umpilan pada pintu dapur kediaman mangsa. Kes pembunuhan ini disiasan bermotifkan rompakan.